Tuesday, 24 August 2021

aku kampung girl

"Saya ni orang kampung je kak"
-Tipu lah, tengok kamu asyik beli Duck, pakai barang-barang mahal je. 

Aku ni budak kampung. Jiwa masih jiwa kampung. Mungkin luaran aku mula memakai baju, tudung yang mungkin ada sedikit jenama. Ye lah, aku dah mula bekerja. Dah mula buat duit. 
Kalau 10 tahun yang lalu. Mungkin seorang Syazana hanya mampu memandang sahaja baju yang tergantung di Uniqlo. Tak, bukan memandang. Masuk ke Mall pun terasa kerdil. Duit dalam kocek hanya RM 10 itupun wang belanja yang Abah beri. Cukup untuk tambang bas.

Tahun 2010. SPM. Seorang Syazana pada masa itu hanya seorang budak kampung. Sekolah biasa-biasa. Naif. Bijak tapi naif. AddMath mata pelajaran terbaiknya. Impiannya, untuk menjadi kaya. Untuk menjadi lebih baik. Untuk buat yang terbaik. Teringat pertama kali aku ke SBP untuk sebuah seminar. Seorang cikgu di situ bercerita tentang INTEC. Tentang pengalaman belajar ke luar negara. INTEC? BELAJAR LUAR NEGARA? Sungguh tak pernah aku bayangkan. Zaman ketika itu tiada internet. Aku juga tiada dorongan, pendedahan tentang masa hadapan. Apa career path yang ada. Tapi sejak itu, aku mula memasang angan-angan. Aku nak jadi doktor. 

Result SPM. Aku dapat straight A. Aku dapat tawaran jadi Doktor bersama biasiswa JPA. Namun sayangnya mak abah tak setuju. Terlalu jauh kata mereka. Terlalu lama. 6 tahun. Aku terdiam. Abah bawa aku ke Putrajaya. Aku serahkan surat tolak tawaran tersebut. Hati aku menangis. Aku merayu untuk diterima ke Asasi UITM. Alhamdulillah dapat. Aku masuk belajar  sebulan lebih lambat daripada orang lain. Aku ke kelas memakai baju apa yang ada. Duit kocek juga mengharapkan elaun yang diberikan. Teringat kemeja pertama aku beli ketika Asasi dengan Nisa. Beli bersama-sama. Aku warna merah. Nisa warna hijau. Baju tu lah yang aku lenjan bertahun-tahun. Bila teringat balik. Merah? Banyak-banyak warna. Merah? Seriuslaa. Fashion terrorist dari mula. Begitu jugalah tudung. In fact, semua baju aku sebenarnya adalah baju lama dari sepupu aku yang dia tak nak pakai lagi. Okay mula belajar. Lilit shawl. Hana tajima style? Check✅ . Dian pelangi style? Check✅. Tapi balik kampung, treksuit, tshirt dengan selipar jepun jugak aku pakai. Masih jugak ke belakang rumah meninjau pokok manggis belakang rumah. Tengok dah berbuah ke belum. Petang-petang pergi rumah Wan duduk dekat pangkin. Termenung. Tenang. 

Masuk ijazah sarjana muda. Aku dikelilingi kawan yang boleh dikatakan "kaya". Aku mengaku. Aku mula belajar untuk melawa. Sikit la. Bagi la chance. Yelah, tengok kawan-kawan lagi dahsyat. Beli iPhone latest model setiap tahun. Aku beli phone Samsung yang medium spec je. Beli kemeja Cotton On. Kasut Keds kuning legend. Konon cool. Eh tak, masa tu dah rasa cukup cool. Tapi aku lenjan laa pakai sampai habis degree. Tapi tak pernah aku minta duit dari mak abah. Dapat biasiswa kan. Hidup senang orang cakap.

10 tahun berlalu. Aku dah boleh beli baju Uniqlo yang dulu hanya mampu dipandang. Aku dah mampu nak beli tudung Duck. Tapi aku terkilan bila dicop suka pakai barang-barang mahal. Sungguh. Aku sedih. Mereka tak tahu perjalanan hidup aku. Tapi mereka menghukum aku sebegitu. Takpelah. Aku maafkan. Percayalah. Aku masih seorang Syazana yang sama seperti 10 tahun yang dulu. Yang masih keluar rumah memakai treksuit, tshirt dan selipar jepun. Yang masih merindui pokok manggis di belakang rumah walau di mana jua aku berada. 

Dan tika ini aku merindui kampung halamanku.
Syazana,
Miri 2021. 

Saturday, 5 June 2021

healing

Haiiii. 💕
Harini rasa nak menulis. 

I am
Here to release my negative vibes somewhere. 
Here to heal.

My May this year is not so good for me (read:worst). I never felt this low, discourage, unhappy, depressed (definitely self-diagnosis) all the time like this. 

Tapi rasa tergerak nak share something by my favourite author, Nurhafsah Hamid dekat sini sebab macam kena betul dengan situasi 😅

This too, shall pass.
"Verily, with hardship comes ease" - Quran 94:5

Untuk semua yang mengalami masa-masa sukar, semoga sabar dan tabah. Be happy for yourself. Love yourself more. Fighting. 😉

Saturday, 28 November 2020

SEOUL GARDEN AFTER SO LONG

The last time i went to Seoul Garden was last two years. With my PRP-mates. And now im going with my colleague in Miri. And mini colleague - Fatih. 😍

Hye fatih. You habe become so cheeky nowww. Dulu susah sangat nak senyum. Ughhh gewamnyaaa. Now you can even speak Sarawakian (his neyhh neyhhh). Ish. 

Im going to miss you a lot after Kak Mira pindah. 🤧🤧. For now im going to post a lot of your photos here. 

Sunday, 13 September 2020

Niah National Park / Taman Negara Niah Miri Guide for Newbie

Hai. 

Semalam aku pergi lagi Niah National Park ni. And aku baru sedar sangat- sangat lah sikit info pasal tempat ni. So aku decide untuk share sedikit info pasal park ni. Gambar nanti lah aku upload. 

Okay. So Niah National Park / Taman Negara Niah ni biasanya orang pergi untuk pergi ke Gua Niah ataupun Hiking ke Bukit Kasut. Aku dah pergi dua-dua. ✌️ Korang tau tak Gua Niah ni gua terbesar dekat Malaysia? Aku pun baru tau. Hahaa 

Sebelum Trader's Cave

Okay here is the guide untuk newbie:

Keperluan

1. Torch light/headlamp (Sangat penting)

2. Kasut yang proper sebab jalan licin 

3. Air / Sport drink / Energy bar 

4. Topi/poncho (optional) kalau hujan 

5. Gloves (optional) kalau taknak terpegang tahi kelawar

6. Panadol (optional) ni sebab aku selalu sakit kepala sebab bau tahi kelawar kuat sangat

7. Wajib breakfast dulu okay. Nanti perut masuk angin 


Cara untuk ke Taman Negara Niah

Kena drive. Macam aku, pakai kereta sendiri. Tapi boleh sewa kereta dan drive ke sini. Dalam sejam setengah ke dua jam dari Bandar Miri. Kalau boleh gerak awal pagi supaya boleh fully enjoy. 

Google maps ke Gua Niah Entrance 

Gua Niah (Niah Caves) Entrance, Niah, Sarawak.

98200 Niah, Sarawak

085-737 450

https://maps.app.goo.gl/YRwgWpS5EUgHhzmdA

Kena hati-hati. And make sure korang ikut jalan besar. Jangan masuk jalan kecik walaupun waze tiba-tiba suruh turn left okay. Sebab aku hampir sesat pergi ke jalan rumah panjang. 😂


Entrance fee

Parking free. Entrance RM 10 untuk adult. 

Selain tu, prepare jugak RM 1 sorang untuk naik bot untuk cross sungai. So RM 2 untuk pergi balik. 

Jadi total : RM 12




Toilet

Ada toilet di luar dan di dalam sebelum gua. Tapi masa blog ni ditulis toilet luar tengah renovate. Kalau nak lagi selamat boleh singgah Shell dulu untuk pergi toilet before masuk. 


Trail

Trail untuk ke Gua senang. Tapi sangat licin. Sebab hujan plus kayu-kayu dah ada lumut. Jadi kena hati-hati sedikit. 

Gua niah ni ada terbahagi kepada beberapa gua. Jalan untuk ke gua pertama agak jauh dalam 2km. 

Tapi jalan slow-slow je okay sambil tangkap gambar. Along the way tu tengok la flora fauna. Kadang-kadang ada ulat gonggok, siput, cengkerik tepi-tepi tu.



Gua

Pantang dalam gua ni ada banyak. Ni berdasarkan apa yang aku sembang dengan staff dia. 

1. Jangan makan dalam gua.

Selain daripada tempat tu sendiri keras, udara dalam tu pun tak berapa bagus. Ini disebabkan tahi kelawar tu ada hasilkan sejenis kulat yg boleh mendatangkan masalah pernafasan kalau kita sedut. 

2. Jangan suluh lampu ke atas

Biasanya ada pengumpul sarang burung dekat dalam gua. So kalau boleh elakkan suluh torchlight ke arah atas ya. 

3. Ni biasa pantang semua tempat. Jangan "gembira sangat". Berpada-pada dalam gelak ketawa tu okay. 

Trail dari mula ke gua paling hujung (Painting Cave) dalam 4.1km. Jadi be prepared untuk jalan jauh. Tapi ada bangku untuk rehat along the way. 

Tangkap gambar banyak-banyak sebab memang cantik. 

Gan Kira


The Great Cave


Surau

Ada surau disediakan. Tapi bercampur lelaki perempuan dipisahkan dengan divider. Digalakkan bawa telekung dan sejadah sendiri (telekung boleh letak dalam kereta dulu. Dah keluar park nanti baru ambil)


Local food

Jarak dari Taman Negara Niah dengan Pekan tak jauh. Ada beberapa kedai dekat Pekan Batu Niah. Biasanya aku akan menyinggah ke Min's Cafe (untuk yang mencari makanan halal). Ada juga beberapa local chinese restaurant. Kalau nak fast food ada KFC.  


Line

Coverage paling baik untuk area sini ialah CELCOM. 

.

.

Okay thats about it la kot. Masa blog ni ditulis Gua Niah baru dibuka semula tapi separuh je sampai ke Great Cave. Jalan untuk ke Painting Cave ditutup untuk baikpulih. Jadi apa-apa baik call sebelum datang. 

Good luck korang. Aku menaip sambil kaki sakit-sakit ni. 😂✌️ 

Friday, 20 March 2020

8 months in Sarawak

Dulu selalu wish nak start over somewhere new, where no one knows me. Nah sekarang betul-betul jadi. Genap 8 bulan kerja di Miri.

Aku admit sebelum datang tu macam-macam yang aku fikir. Nak kena tinggalkan tempat kerja yg sebelum ni, which i have to admit, the best one so far. Boss best, colleague best, patient tak berapa ramai. Environment best. Sambil type ni pun masih rindu.

Sampai menangis kat bahu Pana, "pana, aku taknak pindah". Aku menangis macam orang gila last day. KK Tampin, memang aku akan kenang sampai bila-bila. First tempat kerja yang aku rasa seronok untuk datang kerja, yang aku rasa diterima walaupun masa tu berstatus kontrak, tempat kerja yang aku belajar banyak sangat-sangat. Tempat yang aku akan berterima kasih sampai bila-bila.


Akhir Julai 2019, terbang ke JKN Sarawak dekat Kuching. Masa tu dah discourage sebab masa lapor diri aku sorang je Melayu. Dua orang sahaja dari Semenanjung. Macam mana kalau kena campak pedalaman, macam mana nak cari transport semua.

Selesai lapor diri, dapat klinik dekat Miri. And on the spot beli tiket flight untuk lapor diri dekat PKB Miri petang tu jugak. Book hotel on the spot. Pack balik barang, pergi airport. Mesej senior nak tanya pasal tempat tinggal. Masa tu, ingat lagi diorang bagi alasan aku tak boleh duduk kuarters. Macam orang gila rasa sebab dahlah takde transport nak cari rumah sewa. Pujuk punya pujuk akhirnya dpt duduk kuarters sementara cari rumah sewa.

Alhamdulillah fast forward. Now dah 8 bulan. Dah dapat cari rumah sewa. Tak dapat nak bawak kereta from semenanjung sebab banyak sangat procedure dan office lama bagi macam-macam alasan. So terpaksa la beli kereta untuk bergerak dkt sini sbb ada oncall.

Colleague sini majority Cina. Sangat susah nak adapt dengan flow kerja sini. Kau buat macam ni, salah, macam tu salah. Balik kerja rasa stress sangat-sangat. Beberapa bulan jugak la nak terima workflow tu. Colleague pulak, belum ada yang sekepala dengan aku lagi. Takde lagi siapa2 yang aku boleh bahasakan "aku" "kau". I miss my geng bawang. Honestly, it sucks. Culture lain, makanan pun lain. Susah jugak nak terima yang aku takkan dapat dah makan nasi campur yang mantap.

Aku takde kawan-kawan yang aku boleh lepak, sebab aku tak kenal siapa-siapa kat sini. Disebabkan aku pun bukannya jenis yang bubbly plus introvert, memang susah untuk aku dapat kawan baru. The good side is, i have a lot of me time. I can do whatever i want. I can go wherever i want.

8 months here, im adapting, im loving myself more.

PS: writing this in the middle of covid19 outbreak. Stay safe everyone.



Lots of love,
Syazana



Tuesday, 15 January 2019

Age of Youth 2 (2017) [Download Link + Eng Sub]

Hi. Second drama is still Age of Youth.

Following Age of Youth 1, this is the second season of Age of Youth. ❤


Synopsis 

Set one year after season 1 of "Hello, My Twenties!." Jin-Myung (Han Ye-Ri) successfully found a job after she returned from China. Ye-Eun (Han Seung-Yeon) took a year off from school due to the aftereffects of her abusive ex-boyfriend. She is now returning to her university. Ji-Won (Park Eun-Bin) has yet to find a boyfriend. Eun-Jae (Ji-Woo) broke up with her first love and she is in emotional pain. The girls have a new housemate Jo Eun (Choi A-Ra) at their sharehouse. She stays in the room previously occupied by Yi-Na (Ryu Hwa-Young).



How to download:
Step 1: Just click the link.
Step 2: It will redirect you to ads page. Wait for 5 seconds, then click SKIP AD.
Step 3: Click download now when you reach the Zippyshare site. Enjoy. 



Download Link





Ps: Hope you guys enjoy. ;)


Monday, 14 January 2019

Age of Youth (2016) [Download Link + Eng Sub]

Hi. So im thinking to upload my kdramas. 
So here's my first drama. Age of Youth. One of my favourite drama ❤





Synopsis:

University students Yoon Jin-Myung (Han Ye-Ri), Jung Ye-Eun (Han Seung-Yeon), Song Ji-Won (Park Eun-Bin), Kang Yi-Na (Hwa Young) and Yoo Eun-Jae (Park Hye-Soo) share a house.
Jin-Myung is busy supporting herself financially and studying. She suffers from lack of sleep. Ye-Eun is devoted to her boyfriend, she is clear about what she likes or not. Ji-Won has a bright personality and likes to drink. Yi-Na is popular due to her beautiful appearance. Eun-Jae is timid, but she has an unique taste for men.

How to download:
Step 1: Just click the link.
Step 2: It will redirect you to ads. Wait for 5 seconds, then click SKIP ADD.
Step 3: Click download now when you reach the Zippyshare site. Enjoy. 


Age of Youth (Download Link)



Episode 1AOY E01  Sub

Episode 2AOY E02  Sub

Episode 3: AOY E03  Sub

Episode 4: AOY E04  Sub

Episode 5: AOY E05  Sub

Episode 6: AOY E06  Sub


Episode 7: AOY E07

Episode 8: AOY E08

Episode 9: AOY E09

Episode 10: AOY E10

Episode 11: AOY E11

Episode 12: AOF E12





ps: Hope you guys enjoy the drama. And do let me know if the link is not working.