Thursday, 24 November 2016

Ukhwah Firdausi PENIPU (to be continued)

Few years ago pernah berniat nak pergi umrah lepas habis study. Tapi niat tu tergantung lepas dapat tahu harga pakej umrah dan haji naik. Tambahan pulak dapat pergi Cambodia volunteer.

Then lepas habis study tiba-tiba abah cakap abah nak pergi umrah dengan mak. So nanti abah suruh jaga adik.Aku pulak mulut gatal cakap nak ikutttt. hahaa weh takkan tak nak ikut kan.

Pendekkan cerita abah daftar under Ukhwah Firdausi (UF). Dapat pulak Haji Fadzil sponsor. So dapat bayar sikit je.

Skip forward.

Preparation semua dah siap. Tp kursus umrah asyik tangguh. Last2, jadi kursus umrah. Masa kursus, nak daftar pun kelam kabut. Terlalu ramai orang. I was so disappointed with how disorganized the course was. Beg yang dijanjikan dapat semasa kursus juga tak dapt-dapat

Skip forward again.

1 week before the promised Umrah date.

Akhirnya dapat beg. Tp passport masih di Tampin. Visa masih tak settle. Bila dipertikaikan, dikatanya "Masih sempat. Urusan visa cuma ambik masa sehari je"
Hati abah dah tak sedap.

1 hari sebelum umrah

Tiada khabar berita dari pihak UF. Tiada! Langsung tiada call atau whatsapp berkaitan penerbangan ataupun visa. Abah call office sebab nak tau perkembangan. Gila tak gila. Guess what. Dia kata visa tak lulus. Visa abah sorang je lulus. Abah terduduk. Semua terdiam. Kau jangan buat gila tak jadi pergi. Semua barang dah siap.

Sejam kemudian call lagi. Dan call lagi. Tiada sebab kenapa visa direject. Kalau ikut logik akal, semua benda bersebab. Nak kata dokumen tak lengkap, semuanya  lengkap. Berbulan-bulan sebelum lagi dah hantar. Semua orang pasrah. Aku sampai berfikir mungkin aku masih tak layak menjadi tetamu Allah.

Hari kejadian

Tiada update dari pihak UF. Kononnya UF akan pergi ke kedutaan untuk settlekan urusan visa. Pukul 2 petang. Tunggu lagi. Dapat call dari pihak di KLIA. Dia tanya kenapa tak pergi KLIA? Abah pun cakap la "Buat apa saya nak pergi ke KLIA kalau visa tak lepas?"

Call lagi. Rejected.
Call lagi. Lagi lagi lagi

Then pihak UF kata aku dengan adik beradik punya visa lepas. Abah dgn mak je tak lepas. Aik? Biar betul. Semalam kata abah dah lepas? Menipu tu agak-agak sikit.

Tiada update dari pihak UKHWAH FIRDAUSI. TIADA!!!!

Esoknya (hari sy menulis)
Abah pergi ke tampin office. And dia kata passport mak dengan abah hilang sebab tu visa x lepas. SERIUSLAAAAA. AND ITS OUR FAULT KEEEE? Tunggu lagi. Last last jumpa passport tapi DOKUMEN HILANG!! Huh? Macam mana boleh hilang? Duh kau gial eh. Management kau macam mana? Kalau x mampu handle ramai orang tak payah amik ramai-ramai.

Abah mati kutu. Abah decide nk settle sendiri. Pergii ke wisma putra cop semua dokumen. Tapi wisma putra pulak kata dis tak nak document. Nk yang scan punya.
Doakan lah pihak agensi jumpa dokumen-dokumen kami.

Bersambung...

Ps: im sorry I had to delete my number because so many people ask me about my umrah with uft. Im sorry I couldnt be of any help.