Saturday, 28 November 2020
SEOUL GARDEN AFTER SO LONG
Sunday, 13 September 2020
Niah National Park / Taman Negara Niah Miri Guide for Newbie
Hai.
Semalam aku pergi lagi Niah National Park ni. And aku baru sedar sangat- sangat lah sikit info pasal tempat ni. So aku decide untuk share sedikit info pasal park ni. Gambar nanti lah aku upload.
Okay. So Niah National Park / Taman Negara Niah ni biasanya orang pergi untuk pergi ke Gua Niah ataupun Hiking ke Bukit Kasut. Aku dah pergi dua-dua. ✌️ Korang tau tak Gua Niah ni gua terbesar dekat Malaysia? Aku pun baru tau. Hahaa
Okay here is the guide untuk newbie:
Keperluan
1. Torch light/headlamp (Sangat penting)
2. Kasut yang proper sebab jalan licin
3. Air / Sport drink / Energy bar
4. Topi/poncho (optional) kalau hujan
5. Gloves (optional) kalau taknak terpegang tahi kelawar
6. Panadol (optional) ni sebab aku selalu sakit kepala sebab bau tahi kelawar kuat sangat
7. Wajib breakfast dulu okay. Nanti perut masuk angin
Cara untuk ke Taman Negara Niah
Kena drive. Macam aku, pakai kereta sendiri. Tapi boleh sewa kereta dan drive ke sini. Dalam sejam setengah ke dua jam dari Bandar Miri. Kalau boleh gerak awal pagi supaya boleh fully enjoy.
Google maps ke Gua Niah Entrance
Gua Niah (Niah Caves) Entrance, Niah, Sarawak.
98200 Niah, Sarawak
085-737 450
https://maps.app.goo.gl/YRwgWpS5EUgHhzmdA
Kena hati-hati. And make sure korang ikut jalan besar. Jangan masuk jalan kecik walaupun waze tiba-tiba suruh turn left okay. Sebab aku hampir sesat pergi ke jalan rumah panjang. 😂
Entrance fee
Parking free. Entrance RM 10 untuk adult.
Selain tu, prepare jugak RM 1 sorang untuk naik bot untuk cross sungai. So RM 2 untuk pergi balik.
Jadi total : RM 12
Toilet
Ada toilet di luar dan di dalam sebelum gua. Tapi masa blog ni ditulis toilet luar tengah renovate. Kalau nak lagi selamat boleh singgah Shell dulu untuk pergi toilet before masuk.
Trail
Trail untuk ke Gua senang. Tapi sangat licin. Sebab hujan plus kayu-kayu dah ada lumut. Jadi kena hati-hati sedikit.
Gua niah ni ada terbahagi kepada beberapa gua. Jalan untuk ke gua pertama agak jauh dalam 2km.
Tapi jalan slow-slow je okay sambil tangkap gambar. Along the way tu tengok la flora fauna. Kadang-kadang ada ulat gonggok, siput, cengkerik tepi-tepi tu.
Gua
Pantang dalam gua ni ada banyak. Ni berdasarkan apa yang aku sembang dengan staff dia.
1. Jangan makan dalam gua.
Selain daripada tempat tu sendiri keras, udara dalam tu pun tak berapa bagus. Ini disebabkan tahi kelawar tu ada hasilkan sejenis kulat yg boleh mendatangkan masalah pernafasan kalau kita sedut.
2. Jangan suluh lampu ke atas
Biasanya ada pengumpul sarang burung dekat dalam gua. So kalau boleh elakkan suluh torchlight ke arah atas ya.
3. Ni biasa pantang semua tempat. Jangan "gembira sangat". Berpada-pada dalam gelak ketawa tu okay.
Trail dari mula ke gua paling hujung (Painting Cave) dalam 4.1km. Jadi be prepared untuk jalan jauh. Tapi ada bangku untuk rehat along the way.
Tangkap gambar banyak-banyak sebab memang cantik.
Surau
Ada surau disediakan. Tapi bercampur lelaki perempuan dipisahkan dengan divider. Digalakkan bawa telekung dan sejadah sendiri (telekung boleh letak dalam kereta dulu. Dah keluar park nanti baru ambil)
Local food
Jarak dari Taman Negara Niah dengan Pekan tak jauh. Ada beberapa kedai dekat Pekan Batu Niah. Biasanya aku akan menyinggah ke Min's Cafe (untuk yang mencari makanan halal). Ada juga beberapa local chinese restaurant. Kalau nak fast food ada KFC.
Line
Coverage paling baik untuk area sini ialah CELCOM.
.
.
Okay thats about it la kot. Masa blog ni ditulis Gua Niah baru dibuka semula tapi separuh je sampai ke Great Cave. Jalan untuk ke Painting Cave ditutup untuk baikpulih. Jadi apa-apa baik call sebelum datang.
Good luck korang. Aku menaip sambil kaki sakit-sakit ni. 😂✌️
Friday, 20 March 2020
8 months in Sarawak
Aku admit sebelum datang tu macam-macam yang aku fikir. Nak kena tinggalkan tempat kerja yg sebelum ni, which i have to admit, the best one so far. Boss best, colleague best, patient tak berapa ramai. Environment best. Sambil type ni pun masih rindu.
Sampai menangis kat bahu Pana, "pana, aku taknak pindah". Aku menangis macam orang gila last day. KK Tampin, memang aku akan kenang sampai bila-bila. First tempat kerja yang aku rasa seronok untuk datang kerja, yang aku rasa diterima walaupun masa tu berstatus kontrak, tempat kerja yang aku belajar banyak sangat-sangat. Tempat yang aku akan berterima kasih sampai bila-bila.
Akhir Julai 2019, terbang ke JKN Sarawak dekat Kuching. Masa tu dah discourage sebab masa lapor diri aku sorang je Melayu. Dua orang sahaja dari Semenanjung. Macam mana kalau kena campak pedalaman, macam mana nak cari transport semua.
Selesai lapor diri, dapat klinik dekat Miri. And on the spot beli tiket flight untuk lapor diri dekat PKB Miri petang tu jugak. Book hotel on the spot. Pack balik barang, pergi airport. Mesej senior nak tanya pasal tempat tinggal. Masa tu, ingat lagi diorang bagi alasan aku tak boleh duduk kuarters. Macam orang gila rasa sebab dahlah takde transport nak cari rumah sewa. Pujuk punya pujuk akhirnya dpt duduk kuarters sementara cari rumah sewa.
Alhamdulillah fast forward. Now dah 8 bulan. Dah dapat cari rumah sewa. Tak dapat nak bawak kereta from semenanjung sebab banyak sangat procedure dan office lama bagi macam-macam alasan. So terpaksa la beli kereta untuk bergerak dkt sini sbb ada oncall.
Colleague sini majority Cina. Sangat susah nak adapt dengan flow kerja sini. Kau buat macam ni, salah, macam tu salah. Balik kerja rasa stress sangat-sangat. Beberapa bulan jugak la nak terima workflow tu. Colleague pulak, belum ada yang sekepala dengan aku lagi. Takde lagi siapa2 yang aku boleh bahasakan "aku" "kau". I miss my geng bawang. Honestly, it sucks. Culture lain, makanan pun lain. Susah jugak nak terima yang aku takkan dapat dah makan nasi campur yang mantap.
Aku takde kawan-kawan yang aku boleh lepak, sebab aku tak kenal siapa-siapa kat sini. Disebabkan aku pun bukannya jenis yang bubbly plus introvert, memang susah untuk aku dapat kawan baru. The good side is, i have a lot of me time. I can do whatever i want. I can go wherever i want.
8 months here, im adapting, im loving myself more.
PS: writing this in the middle of covid19 outbreak. Stay safe everyone.
Lots of love,
Syazana








