Friday, 20 March 2020

8 months in Sarawak

Dulu selalu wish nak start over somewhere new, where no one knows me. Nah sekarang betul-betul jadi. Genap 8 bulan kerja di Miri.

Aku admit sebelum datang tu macam-macam yang aku fikir. Nak kena tinggalkan tempat kerja yg sebelum ni, which i have to admit, the best one so far. Boss best, colleague best, patient tak berapa ramai. Environment best. Sambil type ni pun masih rindu.

Sampai menangis kat bahu Pana, "pana, aku taknak pindah". Aku menangis macam orang gila last day. KK Tampin, memang aku akan kenang sampai bila-bila. First tempat kerja yang aku rasa seronok untuk datang kerja, yang aku rasa diterima walaupun masa tu berstatus kontrak, tempat kerja yang aku belajar banyak sangat-sangat. Tempat yang aku akan berterima kasih sampai bila-bila.


Akhir Julai 2019, terbang ke JKN Sarawak dekat Kuching. Masa tu dah discourage sebab masa lapor diri aku sorang je Melayu. Dua orang sahaja dari Semenanjung. Macam mana kalau kena campak pedalaman, macam mana nak cari transport semua.

Selesai lapor diri, dapat klinik dekat Miri. And on the spot beli tiket flight untuk lapor diri dekat PKB Miri petang tu jugak. Book hotel on the spot. Pack balik barang, pergi airport. Mesej senior nak tanya pasal tempat tinggal. Masa tu, ingat lagi diorang bagi alasan aku tak boleh duduk kuarters. Macam orang gila rasa sebab dahlah takde transport nak cari rumah sewa. Pujuk punya pujuk akhirnya dpt duduk kuarters sementara cari rumah sewa.

Alhamdulillah fast forward. Now dah 8 bulan. Dah dapat cari rumah sewa. Tak dapat nak bawak kereta from semenanjung sebab banyak sangat procedure dan office lama bagi macam-macam alasan. So terpaksa la beli kereta untuk bergerak dkt sini sbb ada oncall.

Colleague sini majority Cina. Sangat susah nak adapt dengan flow kerja sini. Kau buat macam ni, salah, macam tu salah. Balik kerja rasa stress sangat-sangat. Beberapa bulan jugak la nak terima workflow tu. Colleague pulak, belum ada yang sekepala dengan aku lagi. Takde lagi siapa2 yang aku boleh bahasakan "aku" "kau". I miss my geng bawang. Honestly, it sucks. Culture lain, makanan pun lain. Susah jugak nak terima yang aku takkan dapat dah makan nasi campur yang mantap.

Aku takde kawan-kawan yang aku boleh lepak, sebab aku tak kenal siapa-siapa kat sini. Disebabkan aku pun bukannya jenis yang bubbly plus introvert, memang susah untuk aku dapat kawan baru. The good side is, i have a lot of me time. I can do whatever i want. I can go wherever i want.

8 months here, im adapting, im loving myself more.

PS: writing this in the middle of covid19 outbreak. Stay safe everyone.



Lots of love,
Syazana