Monday, 28 January 2013

two

Assalamualaikum.

Dua,
Nombor dua.
Banyak signifikannya nombor itu,
Anak kedua salah satunya.

Orang kata menjadi yang pertama itu keutamaan,
jarang mendengar nombor dua menjadi pilihan.
Bagi aku, aku ingin menjadi nombor dua,
Tidak satu.

Satu,
terlalu berat bagi aku,
terlalu melalaikan,
Terkadang aku takut hanyut dibuai pujian,

Iya, aku puas hati di nombor dua,

Dua,
Menyebabkan aku sentiasa berusaha,
Sentiasa menjadi pendekar semangatku,
Mengejar sang pertama,
Menuyuruh aku terus maju,
Mengajar aku erti susah, peritnya perjuangan,

Terima kasih 'dua'
Kau membawa aku ke sini,
Mungkin aku bukan lagi yang kedua,
Mungkin kini ketiga, kelima,
Tapi aku mahu,
Bimbinglah sahabatku yang lain,
Ke tempat itu,
KE-DUA.

ps : two is bettter than one

No comments: